Musa, Gani dikecuali Siasatan kes liwat babitkan Anwar tidak dirujuk kepada mereka – PM

Musa, Gani dikecuali Siasatan kes liwat babitkan Anwar tidak dirujuk kepada mereka – PM
Oleh Habibah Omar dan Wan Najib Wan Daud
KEPALA BATAS 19 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malahan, Perdana Menteri berkata, pegawai-pegawai yang terlibat dengan kes berkenaan juga tidak akan membuat sebarang rujukan kepada Musa dan Abdul Gani.
‘‘Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tak akan terlibat, maksudnya mereka tidak akan memainkan peranan (siasatan),’’ katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian tawaran melanjutkan pengajian dan pembiayaan biasiswa Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Dewan Millenium di sini, hari ini.
Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
Seramai 350 pelajar Island College of Technology (ICT) menerima pembiayaan biasiswa Mara itu.
Abdullah ditanya sama ada kedua-dua mereka akan dikecualikan daripada siasatan kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu setelah Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor terhadap Musa dan Abdul Gani pada 1 Julai lalu.
Dalam laporan itu, Anwar mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam kes pemalsuan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.
Abdul Gani ketika itu ialah timbalan pendakwa raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.
Anwar yang memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) baru-baru ini mendakwa banyak lagi bukti berhubung pembabitan kedua-dua pegawai itu dalam pemalsuan dan penyembunyian fakta siasatan kes liwatnya 10 tahun lalu.
Ditanya adakah Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar itu, Perdana Menteri menjelaskan, mereka tidak perlu digantung tugas.
‘‘Pegawai pun tidak membuat sebarang rujukan dengan mereka, jadi dengan itu saya tak nampak yang mereka perlu digantung tugas,” katanya.
Pada majlis sama, Perdana Menteri mahu generasi muda menggunakan ilmu pengetahuan untuk menambah nilai kepada pembangunan negara yang dicapai sejak 50 tahun lalu.
“Jika negara mahu meningkat maju dengan cepat, maka kekuatan modal insan perlu dibina dengan ilmu pengetahuan daripada pelbagai cabang dan aspek pendidikan yang sesuai,” katanya.

Tidak boleh dimanipulasi, sukar disangkal

Tidak boleh dimanipulasi, sukar disangkal
KUALA LUMPUR 17 Julai – Ujian asid deosiribonukleik (DNA) tidak boleh dimanipulasikan kerana ia adalah ujian saintifik yang diterima di mahkamah sebagai bukti keterangan yang tidak boleh disangkal.
Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim, ujian DNA yang dijalankan di negara ini mahupun di seluruh dunia adalah ujian yang diiktiraf memandangkan ia mengikut prosedur operasi standard (SOP) antarabangsa.
Katanya, dalam kes jenayah, ujian DNA bukan sahaja dijalankan bagi mencari pesalah tetapi juga untuk membuktikan seseorang itu tidak bersalah.
“Ramai yang tersalah anggap bahawa DNA hanya boleh digunakan untuk membuktikan seseorang itu bersalah sedangkan ia juga boleh menentukan seseorang itu tidak bersalah.
“Jadi tidak timbul isu bahawa seseorang itu enggan melakukan ujian DNA kerana khuatir ia dimanipulasikan pihak tertentu terutama polis.
“Ujian DNA tidak dijalankan oleh polis sebaliknya ia akan dilakukan oleh pihak Jabatan Kimia. Keputusannya tidak boleh dimanipulasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kamal Affandi berkata, ujian DNA yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang 99.9 peratus tepat dalam menentukan identiti individu.
Jelasnya, walaupun di Malaysia, tiada undang-undang yang boleh memaksa seseorang suspek menjalani ujian DNA, masyarakat boleh menentukan secara rasional alasan seseorang itu enggan menjalani ujian tersebut.

Anwar bukan ancaman kepada kerajaan BN

Anwar bukan ancaman kepada kerajaan BN
KUALA LUMPUR 17 Julai – Penahanan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukan kerana beliau menjadi ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bagi membolehkan polis menyiasat dakwaan liwat yang dibuat terhadapnya.
Pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya tidak khuatir dengan Anwar kerana beliau hanya pandai bercakap tentang hasrat untuk menukar kerajaan tetapi sehingga sekarang tidak menjadikannya satu realiti.
“Kita tidak bimbang dengan Anwar dan ini terbukti apabila beliau diberikan ruang untuk berdebat mengenai isu kenaikan harga minyak yang disiar secara langsung melalui televisyen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Anwar yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 petang semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lalu mendakwa dirinya diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut Hishammuddin, pihaknya juga tidak menganggap kenyataan Anwar bahawa terdapat ahli Parlimen BN akan menyertai pakatan pembangkang sebagai ancaman kerana yakin perkara itu tidak akan berlaku.
“Perkara ini tidak dibuat sehingga sekarang dan kita yakin ia juga tidak akan menjadi kenyataan pada masa akan datang,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan taktik pihak pembangkang yang cuba membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap penangkapan Anwar semata-mata bagi mengalihkan tumpuan terhadap isu pokok membabitkan dakwaan liwat terhadap beliau.
“Dalam kita sibuk memikirkan penahanan Anwar yang sekarang ini telah pun dilepaskan, saya meminta semua pihak supaya jangan hilang fokus kepada isu pokok iaitu pada 28 Jun lalu seorang individu telah membuat laporan polis mendakwa diliwat.
“Dalam setiap kes, sekiranya ada laporan polis, siasatan mesti dijalankan secara sempurna tanpa rasa takut atau memihak kerana tiada sesiapa yang boleh meletakkan diri mereka melebihi undang-undang,” ujarnya

Polis perlukan DNA *Perintah mahkamah akan dipohon ekoran keengganan Anwar – Timbalan KPN

Polis perlukan DNA *Perintah mahkamah akan dipohon ekoran keengganan Anwar – Timbalan KPN
Oleh TAN MING WAI
KUALA LUMPUR 17 Julai – Polis akan mendapatkan perintah mahkamah untuk membolehkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) Datuk Seri Anwar Ibrahim diambil bagi membantu siasatan dakwaan kes liwat melibatkannya.
Polis juga menegaskan, sampel DNA Anwar yang diambil untuk kes liwat pertama dihadapinya pada 10 tahun lalu, tidak boleh digunakan sebagai bukti atau perbandingan dalam siasatan kes terbaru ini.
Pada sidang akhbarnya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya Anwar terus menolak untuk diambil sampel DNA beliau, polis tiada pilihan selain mendapatkan perintah mahkamah.
Katanya, permohonan perintah mahkamah ialah pilihan polis ketika ini berikutan keengganan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membenarkan sampel DNA diambil ketika beliau menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.
Tambah beliau, sepanjang hampir sejam di Wad Diraja HKL mulai pukul 8.45 malam tadi, Anwar enggan bekerjasama apabila diminta oleh doktor yang bertugas untuk diambil sampel DNA bagi tujuan perbandingan dalam siasatan kes liwat itu.
“Sangat penting untuk kita dapatkan sampel DNA daripada orang yang disyaki (suspek) dalam kes liwat ini, malangnya beliau (Anwar) enggan bekerjasama.
“Oleh itu, kita perlu merujuk dari aspek perundangan termasuk mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan sampel DNA beliau (Anwar) diambil,” katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ini.
Pada pukul 1 petang semalam, Anwar ditahan polis kira-kira 50 meter dari rumahnya dan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bermula pukul 2.50 petang.
Pada pukul 8.35 malam, Anwar yang disoal siasat di Tingkat 7 IPK, dibawa oleh polis ke HKL untuk menjalani ujian DNA di Wad Diraja hospital itu.
Bagaimanapun, Anwar menolak untuk diambil sampel darahnya bagi tujuan itu sebaliknya hanya bersetuju dilakukan pemeriksaan biasa tanpa melibatkan pengambilan sebarang sampel.
Hari ini, Anwar, 61, dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 9.45 pagi selepas ditahan hampir 21 jam di IPK. Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikehendaki melapor diri semula di IPK pada 9 pagi, 18 Ogos ini.
Anwar kini berdepan dengan dakwaan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, yang dia diliwat oleh bekas majikannya itu.
Pada 28 Jun lalu, Mohd. Saiful Bukhari membuat laporan di Pondok Polis HKL, mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara, dua hari sebelumnya.
Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan itu dan baru-baru ini membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meminta Mohd. Saiful Azlan dikenakan tindakan mengikut peruntukan qazaf, iaitu membuat tuduhan tanpa empat saksi atau bersama-sama pengakuan daripada orang yang dituduh.
Dalam pada itu, menjawab soalan mengenai kemungkinan polis merujuk semula sampel DNA Anwar yang diperoleh untuk kes liwat pertamanya kira-kira 10 tahun lalu, Ismail menolak sama sekali kaedah itu.
“Ini kes sekarang, yang sekarang adalah sekarang. Yang lepas adalah lepas, jangan kaitkan dengan kes dulu, tolong jangan keliru,” jelasnya.
Mengenai pembebasan Anwar hari ini, Ismail memberitahu, keputusan itu dibuat selepas pihaknya menyelesaikan tugas-tugas mengambil keterangannya mengikut prosedur siasatan ditetapkan.
“Tempoh satu bulan yang diberi akan digunakan oleh polis untuk meneruskan siasatan di samping mengukuhkan lagi bukti-bukti serta keterangan dalam kes ini,” jelasnya.
Ditanya jumlah individu atau saksi yang sudah dipanggil oleh polis untuk membantu siasatan, beliau mengesahkan bilangannya ramai tetapi enggan mendedahkan angka sebenar.
“Memandangkan kes ini telah menarik perhatian masyarakat, saya telah mengarahkan supaya pegawai penyiasat bekerja keras menyiapkan siasatan secepat mungkin.
“Polis harap orang ramai akan bersabar, beri kita masa dan kami akan lakukan yang terbaik,” ujarnya.

Penasihat PKR dibebas dengan ikat jamin

Penasihat PKR dibebas dengan ikat jamin
Oleh NOR SEDEK ISMAIL dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR 17 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditahan polis sejak pukul 1 petang semalam untuk disiasat berhubung kes dakwaan meliwat bekas pembantunya, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang ditahan dan disoal siasat serta bermalam dalam lokap di Tingkat 7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, dibebaskan pada pukul 9.45 pagi.
Ketika dalam tahanan, Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pemeriksaan dan diambil sampel bagi ujian asid deosiribonukleik (DNA).
Bagaimanapun Anwar enggan berbuat demikian dan peguamnya, Sankara Nair memberitahu, Anwar khuatir bukti termasuk DNA akan dimanipulasi dan pemalsuan undang-undang mungkin berlaku.
“Beliau tak perlu beri spesimen sebab sudah ada DNA lama. Biasanya ujian DNA diambil sekali seumur hidup,” katanya di sini hari ini.
Walaupun dibebaskan, Anwar diminta oleh polis supaya melaporkan diri di IPK Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi, 18 Ogos ini.
Sejurus dibebaskan, beliau keluar dari pintu belakang IPK menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam bersama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak mereka, Nurul Izzah dan Nurul Hana.
Kata Sankara, polis memberi jaminan Anwar tidak direman dan ketika ini tiada pertuduhan akan dikenakan terhadapnya.
Anwar dikategorikan sebagai suspek dan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kes seks luar tabii tanpa rela.

Anwar dibebas pagi tadi dengan jaminan

Anwar dibebas pagi tadi dengan jaminan KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan polis sudah membebaskan Penasihat Parti Keadilan (PKR) itu, kira-kira jam 9.30 pagi tadi dengan jaminan. Peguam Sankara Nair berkata, anak guamnya itu dibebaskan selepas ditahan semalam bagi membantu siasatan dakwaan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga akan mengadakan sidang akhbarnya di rumahnya di Segambut, jam 2 petang ini.

Anwar ditahan polis

Anwar ditahan polis
Anwar diiringi 30 pegawai polid keluar dari HKL malam tadi

Anwar ditahan - Disiasat atas dakwaan meliwat bekas pembantunya

Anwar ditahan - Disiasat atas dakwaan meliwat bekas pembantunya
Anwar Ibrahim yang dikawal ketat 30 anggota polis sempat melambai tangan ketika keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, malam tadi. – Gambar Nasiruddin Yazid
KUALA LUMPUR 16 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ditahan polis untuk disiasat atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Selepas penahanan yang penuh drama pada pukul 1 petang, Anwar kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan mengenai jenayah seks luar tabii tanpa kerelaan.
Sembilan belas hari lalu, pada 28 Jun, Mohd. Saiful membuat laporan polis mendakwa Anwar meliwatnya, kali terakhir dua hari sebelum itu di sebuah kondominium di Damansara di sini.
Selepas disiasat selama beberapa jam, Anwar malam ini dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan.
Anwar yang bermalam di IPK dikatakan menolak permintaan polis untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan ketika berada di dalam kenderaannya di Bukit Segambut di sini, kira-kira 50 meter dari rumahnya, sejam lebih awal dari tempoh beliau sepatutnya menyerah diri ke IPK Kuala Lumpur sebelum pukul 2 petang ini.
Penahanannya melibatkan 15 pegawai dan anggota Unit Tindakan Khas dan sekurang-kurangnya 45 anggota polis biasa.
Anwar ditahan 35 minit selepas meninggalkan ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya setelah memberi keterangan berhubung satu kes membabitkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Selepas membawa masuk Anwar dengan selamat ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda polis bercermin gelap, beliau yang dikawal ketat pegawai-pegawai UTK terus dibawa ke IPK Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah di sini pukul 1.15 petang.
Anwar yang ketika itu memakai baju biru berada di tempat duduk belakang kenderaan polis. Beliau yang diapit oleh dua anggota polis bertopeng menutup mukanya dengan tangan.
Sekurang-kurangnya 15 kenderaan pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV) polis mengiringi kenderaan yang membawa Anwar itu.
Kira-kira 70 wartawan dan jurugambar, termasuk media asing yang menunggu seawal pukul 10 pagi, tidak dibenarkan masuk ke IPK menyebabkan mereka hanya berhimpun di kawasan pondok pengawal.
Anwar disoal siasat di sebuah bilik khas di Tingkat 7, IPK mulai pukul 2.50 petang.
Bekas pembantunya, Mohd. Saiful, 23, membuat laporan di Pondok Polis HKL akhir bulan lalu mendakwa Anwar, 60, meliwatnya, satu tuduhan yang dinafikan oleh Anwar.
Anwar yang juga bekas Timbalan Presiden UMNO pernah ditahan dan didakwa atas tuduhan meliwat 10 tahun lalu.
Tuduhan meliwat itu menjadi punca beliau dipecat daripada UMNO dan jawatan Timbalan Perdana Menteri pada bulan September 1998.
Pada sidang akhbarnya di Bukit Aman petang ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Anwar ditahan mengikut Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan.
“Anwar sedang menjalani proses soal siasat dan polis memastikan keselamatannya adalah terjamin,” kata beliau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ketika ditemui di Sepang pula, sekembalinya dari Brunei, memberitahu, penahanan Anwar adalah prosedur biasa yang dilakukan polis dalam sesuatu proses penyiasatan.
Di IPK hari ini, isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan tiga anaknya termasuk Nurul Izzah, Ahli Parlimen Lembah Pantai, dibenarkan bertemu dengan Anwar.
Nair dan Sivarasa, dua peguam Anwar yang berada dalam kenderaan ketika pemimpin pembangkang itu ditahan, turut berada di IPK. Bagaimanapun, ketika keterangan direkodkan, hanya Sivarasa dibenarkan berada bersama Anwar.
Anwar kemudian dibawa ke Wad Diraja HKL untuk menjalani ujian asid deoksiridonukleik (DNA) pukul 8.35 malam ini sebelum dihantar semula ke IPK pada pukul 10.20 malam.
Wan Azizah bersama anak-anaknya, beberapa ahli Parlimen pembangkang yang juga pemimpin PKR dan DAP turut dilihat memasuki bangunan IPK tidak lama selepas berita penangkapan Anwar tersebar.
Antaranya ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh dan anaknya, Gobind Singh Deo; Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Ketua Penerangan PKR, Tian Chua dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Azmin ketika ditemui sebaik keluar dari bangunan IPK pada pukul 2.30 petang memberitahu, semua Ahli Parlimen pembangkang tidak dibenarkan menemui Anwar dan mereka hanya berkumpul di kantin IPK.
“Kami terus bergegas ke sini dari Parlimen sebaik sahaja mendengar berita penahanan beliau,” katanya.
Wan Azizah yang dikerumuni wartawan melahirkan rasa kesal dengan cara pihak polis menahan suaminya.
“Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana Anwar memang mahu ke IPK untuk beri keterangan seperti dipersetujui sebelum ini,” katanya.
Di luar kawasan IPK, kira-kira 500 orang berkumpul di tepi Jalan Hang Tuah dengan beberapa orang dilihat membawa sepanduk bertulis ‘Bebaskan Anwar’.
Polis terpaksa menutup Jalan Hang Tuah bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku apabila para penyokong parti pembangkang semakin memenuhi laluan tersebut.
Di luar HKL, kira-kira 100 orang penyokong Anwar turut berhimpun dan melaungkan ‘Reformasi’ dan ‘Hidup Anwar’ ketika Penasihat PKR itu dibawa untuk pemeriksaan kesihatan malam ini.

Polis pintas bila haluan kereta diubah – Mohd. Bakri

Polis pintas bila haluan kereta diubah – Mohd. Bakri
KUALA LUMPUR 16 Julai – Pasukan khas bertopeng polis terpaksa memintas kenderaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut di sini dan menahan Anwar ekoran tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah haluan kenderaannya pada saat-saat tempoh yang diberi kepadanya untuk menyerah diri kepada polis pada pukul 2 petang ini hampir berakhir.
Pemimpin PKR itu yang kini menjadi suspek kes liwat seorang pembantunya sepatutnya terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini selepas selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya tengah hari ini.
Selepas meninggalkan ibu pejabat BPR di Putrajaya untuk ke ibu negara pada pukul 12.25 tengah hari, kenderaan MPV Mazda yang membawa Anwar tidak terus ke IPK sebaliknya mengubah haluan ke arah rumahnya di Bukit Segambut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin memberitahu, polis terpaksa membuat keputusan menahan Anwar di Bukit Segambut pada pukul 1 petang kerana polis mempunyai alasan kukuh bahawa beliau mahu mengingkari arahan hadir ke IPK sebelum pukul 2 petang ini.
“Kita hendak tekankan bahawa Anwar pernah berjanji hadir ke IPK Kuala Lumpur pada Isnin lalu tetapi beliau gagal datang.
“Apabila beliau tidak terus ke IPK tengah hari ini dari ibu pejabat BPR di Putrajaya, sebaliknya mengubah haluan kenderaan ke arah rumahnya, kami fikir memang beliau tidak mahu datang ke IPK,” kata Mohd. Bakri ketika dihubungi.
Anwar diarahkan hadir ke IPK Kuala Lumpur pada Isnin lalu, tetapi beliau enggan datang. Semalam, polis mengeluarkan waran tangkap ke atasnya dan memberi tempoh sehingga pukul 2 petang ini untuk beliau memberi keterangan membantu siasatan kes liwat melibatkan pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Dalam sidang akhbarnya di Bukit Aman pula, Mohd. Bakri memberitahu, segala tindakan pihaknya termasuk penggunaan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Khas Bukit Aman mengambil kira keselamatan pegawai dan anggota polis terbabit serta individu yang diambil tindakan.
Beliau yang mengesahkan penahanan Anwar pada pukul 1 petang di sekitar Segambut berkata:
“Keselamatan adalah perkara paling utama dalam sesuatu operasi yang dijalankan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai peraturan dalam melaksanakan tugas dan tindakan (hari) ini selari dengan garis panduan sedia ada.
“Dalam melaksanakan tangkapan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia dibuat secara profesional berdasarkan keperluan itu. Tangkapan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan.”
Mohd. Bakri menjelaskan, polis tidak mahu membuat tangkapan di dalam rumah Anwar kerana tindakan itu boleh menimbulkan kekecohan.
“Waran tangkap telah disempurnakan ke atas beliau. Ketika ini beliau sedang membantu dalam siasatan satu kes liwat yang telah dilaporkan kepada polis oleh seorang pembantu beliau.
“Beliau telah dibenarkan berjumpa peguam yang dipilihnya sendiri dan peguam beliau berada bersamanya pada waktu ini. Ahli keluarga beliau juga telah dibenarkan untuk berjumpanya,” ujar Mohd. Bakri.
Mohd. Bakri memberi jaminan bahawa Anwar ketika ini “selamat berada dalam tahanan pihak polis.”

Waran tangkap Anwar-- Bagi membantu siasatan kes liwat – Pegawai Penyiasat

Waran tangkap Anwar-- Bagi membantu siasatan kes liwat – Pegawai Penyiasat Oleh SHARILFUDDIN SAARI dan ASSIM HASSAN KUALA LUMPUR 15 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim kini disenaraikan sebagai suspek dalam kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya. Status Anwar sebagai suspek jenayah liwat diberitahu oleh pegawai penyiasat kes itu, Deputi Supritendan Jude Pereira kepada peguam Anwar hari ini. Anwar disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan mengenai jenayah seks luar tabii. Peguam S. N. Nair yang mewakili Anwar memberitahu pemberita di sini petang ini, waran tangkap ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang ditandatangani oleh Pereira. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu telah mengirimkan surat tersebut kepada Nair melalui faks pada pukul 1.06 petang ini. Polis memberi tempoh 24 jam sehingga pukul 2 petang esok kepada Anwar untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini bagi memberi keterangan atau berdepan dengan tindakan penahanan. Kata dua itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin pada sidang akhbarnya di IPK Kuala Lumpur tepat pukul 2 petang ini. Menurut Mohd. Bakri, keterangan Anwar diperlukan bagi membantu siasatan dakwaan liwat melibatkannya. Pada 28 Jun lalu, Mohd. Saiful, 23, membuat laporan polis mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan itu dibuat. Dalam sidang akhbar di rumah Anwar di Segambut di sini, Nair memberitahu, surat Pereira bertajuk Menyerah Diri Untuk Membantu Siasatan Bersangkut Travers Report 4360/08 itu mengehendaki Anwar hadir memberi keterangan di IPK selewat-lewatnya pukul 2 petang esok. Dengan makluman bahawa waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Anwar, Nair percaya anak guamnya itu akan ditahan polis pada bila-bila masa. “Dia (Pereira) beritahu saya sendiri bahawa Anwar ialah suspek kes (liwat) ini yang disiasat mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan. “Suratnya pula kata waran telah dikeluarkan ke atas anak guam saya... kita percaya polis akan tangkap beliau pada bila-bila masa. Anak guam saya telah pun menyatakan persetujuan hadir ke IPK esok,” katanya. Nair menambah, sebelum ke IPK esok, pada pukul 10.30 pagi Anwar akan ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya untuk diambil keterangan berhubung laporan polisnya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Sementara itu, Mohd. Bakri pada sidang akhbarnya menasihatkan Anwar supaya datang memberi keterangan pada bila-bila masa sebelum pukul 2 petang esok. “Jika gagal berbuat demikian, polis boleh ambil tindakan termasuk menahan beliau,” katanya. Anwar yang sepatutnya hadir di IPK Kuala Lumpur pukul 2 petang semalam gagal berbuat demikian dengan alasan polis telah menakut-nakutkan ahli keluarganya ketika menyerahkan surat perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah. Mohd. Bakri menjelaskan, Anwar pasti mempunyai maklumat yang hendak dikatakan berhubung tuduhan liwat ke atasnya itu. Kira-kira sepuluh tahun lalu beliau turut didakwa di mahkamah atas tuduhan liwat. “Beliau (Anwar) diperlukan untuk membantu siasatan kes itu dan polis juga mahu bertindak adil kepada pihak yang membuat laporan dan beliau (Anwar) sendiri,” katanya. Beliau turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menghalang polis daripada menjalankan tugas menguatkuasakan arahan memanggil atau menahan Anwar berhubung kes liwatnya. “Sesiapa yang menghalang kerja kita (polis), polis akan ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan,’’ katanya. Mengulas laporan bahawa Nair mendakwa Anwar masih menunggu surat perintah mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK, Mohd. Bakri berkata: “Beliau yang patut datang ke IPK setelah beri persetujuan hadir pukul 2 petang semalam. Ini adalah kes beliau, jadi beliau yang patut hadir jumpa polis, bukan polis kena datang kepadanya ambil keterangan.” Ditanya sama ada polis bersikap pilih kasih kerana tidak terus menahan Anwar setelah laporan dibuat oleh Mohd. Saiful berbanding kes-kes orang lain, Bakri berkata, ia hanya persepsi orang ramai. Jelasnya, setiap tindakan menahan atau tidak seseorang adalah bergantung kepada siasatan pihak polis. “Itu andaian orang ramai, kita tidak pernah beri (pilih kasih) kerana kita ikut proses undang-undang dan profesional,” ujarnya. Mohd. Bakri berkata, Anwar bukan saksi terakhir untuk kes itu kerana polis akan memanggil saksi baru jika perlu berbuat demikian bagi melengkapkan lagi siasatan.

Debat gagal selesai harga minyak KOTA BHARU

Debat gagal selesai harga minyak KOTA BHARU – Kerajaan yang diwakili Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek gagal mempertahankan tindakan menaikkan harga minyak pada debat malam semalam, kata Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Husam berkata, Ahmad Shabery beberapa kali mengulangi hujah sama seperti menyebut negara pengeluar minyak menjual bahan bakar pada harga rendah mengalami inflasi tinggi, berbanding Malaysia. “Saya berpendapat beliau gagal menjelaskan bahawa sejak kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel pada 4 Jun lalu, kadar inflasi negara sudah meningkat sebanyak tujuh peratus,” jelas beliau pada kenyataan akhbar yang dihantar kepada Sinar Harian. Beliau berkata, harga barang keperluan dan pengangkutan meningkat mendadak ekoran tindakan Malaysia menjual bahan bakar pada harga tertinggi kepada rakyat dan pada waktu sama rakyat terpaksa menanggung beban inflasi yang melonjak. Katanya, rakyat Venezuela dan Iran bertuah walaupun menurut Ahmad Shabery kadar inflasi di negara itu tinggi, tetapi harga petrolnya hanya RM0.16 dan RM1.33 seliter. “Ini bermakna penduduk di kedua-dua negara itu menikmati harga bahan bakar rendah dan barang yang ‘didakwa tinggi’ tetapi di Malaysia, rakyatnya terpaksa menanggung kedua-dua sekali. Husam berkata, Ahmad Shabery juga gagal menjelaskan rizab minyak mentah negara berjumlah enam bilion tong dan nisbah penggantian simpanan 1.8 dan negara mengeluarkan 700,000 tong minyak mentah sehari dengan lebihan minyak mentah setelah ditolak penggunaan domestik hampir 200,000. Husam menambah, Ahmad Shabery juga gagal mematahkan hujah Anwar berhubung wang negara yang boleh dijimatkan menerusi penyusunan semula kadar IPP. “Saya yakin bahawa keputusan menaikkan harga runcit bahan bakar ini dibuat oleh kabinet selepas satu perbincangan menyeluruh dan setelah menelaah segala maklumat dan data berkaitan. “Namun begitu berdasarkan hujah beliau malam tadi, negara kita seolah-olah telah mengambil keputusan menaikkan harga runcit minyak pada kadar tinggi tanpa satu hujah yang kuat,” katanya.

Debat Anwar vs Saberi Chik Menteri Penerangan

Debat Anwar vs Saberi Chik Menteri Penerangan
15-07-08 9.00 mlm TV9

Shabery gementar, Anwar jaguh - Mahathir


Shabery gementar, Anwar jaguh - Mahathir
Azamin Amin Fri Jul 18, 08 10:07:11 am MYT
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) - Debat di antara Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Cheek baru-baru ini turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. -->
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan namun baginya ia bukanlah satu pertandingan yang adil.
"Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.
"Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar," kata Mahahtir dalam blognya.
Baginya Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya malah Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terkini terhadap Anwar adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.
Sementara itu rata-rata pemerhati dan responden melihat persembahan pembukaan Menteri Penerangan itu sebagai berjalan lancar dan berada di landasan yang betul dalam mempertahankan dasar kerajaan.
Namun setelah agak lama, beliau kelihatan agak tersasar dan lebih tertumpu kepada serangan peribadi Penasihat Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim malah dengan tidak semena-mena cuba membangkit nostalgia lama Anwar memperjuangkan isu Baling pada 1974.
Shabery serang peribadi, Anwar pertahan nasib rakyat
"Saya lihat Anwar tidak berubah. Masih lagi mengambil kesemepatan atas kesempitan hidup rakyat," begitulah kira-kira antara ungkapan Shabery kepada Penasihat KeADILan itu.
Shabery terus menerus mengungkit latar belakang Anwar sebagai Timbalan Perdana Mneteri yang tidak berbuat apa-apa semasa berada di dalam kerajaan tetapi 'pandai bercakap' bila berada di luar dan menjadi pembangkang.
"Senanglah cakap. Dulu masa saudara menggerakkan massa, berdemostrasi Baling kata yang kaya menjadi kaya, yang miskin papa kedana," kata Menteri Penerangan itu dan dijawab secara seloroh dan sinikal oleh Anwar :"Betul tu."
Pemerhati debat juga kesal isu fitnah terhadap Anwar yang kononnya menjadi 'pak turut' IMF dalam krisis ekonomi negara ditimbulkan semula dalam debat tersebut malah menuduh Anwar membawa rakyat ke jalan raya demi mencapai matlamatnya.
"Kenaikan harga minyak sekarang adalah mengikut perskripsi IMF," begitulah bidasan tajam Anwar kepada Shabery.
Malah Anwar juga mencuit dan meruntun rasa rakyat apabila menyatakan perbezaan antara subsidi dan insentif yang dilaungkan oleh kerajaan selama ini.
"Kalau untuk menyelamat dan bantu pedagang-pedagang, korporat dipanggil insentif tetapi kalau untuk rakyat dipanggil subsidi. Perkataan subsidi itu seperti negatif," antara petikan kata-kata Anwar
Rata-rata pemerhati politik dan rakyat bawahan yang memberi maklum balas menyatakan berpuas hati dengan perdebatan semalam khususnya hujah Anwar yang dilihat tertumpu dan menekankan isu membela nasib rakyat berikutan kenaikan mendadak melampau harga minyak di negara ini.
Ini berbeza dengan Shabery yang menyenaraikan 'kesalahan' lampau Anwar dan menyerang secara peribadi tanpa sebarang hujah dan fakta yang jelas demi menjatuh kredibiliti tokoh yang telah membuat 'come-back' dalam landskap politik negara.
Malah lebih mengejutkan dan dikagumi ramai ialah tindakan Anwar yang tidak menyerang balas hujah dangkal Sahbery tersebut.
"Biarlah dia serang peribadi saya. Saya tak akan balas kerana ini bukan platformnya. Malah Shabery ada banyak ruang media lagi untuk berbuat demikian, saya selepas ini tidak ada peluang," demikian antara kata akhir Anwar dalam Debat tersebut.
Tidak syak lagi, sesiapa pun mengakui Anwar ternyata hebat dalam berpidato beserta dengan nada, intonasi, retorik dan kecekapannya mencantas hujah lawan manakala Shabery pula dilihat boleh berhujah tetapi mula terbawa-bawa dengan emosi dalam mengemukakan hujah.
Perdebatan di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam dianjurkan oleh Agendadaily atas tajuk " Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" menyaksikan kehadiran kira-kira 300 hadirin dengan moderatornya Dato'Johan Jaafar.
Pihak TV9,TV3,Astro Awani,Bernama TV dan Radio 24 telah merakamkan serta menyiarkan secara langsung debat itu untuk tontonan 27 juta rakyat Malaysia yang terhimpit berikutan kenaikan harga minyak ini. Syabas untuk semua! _

Temui BPR esok

Temui BPR esok
PUTRAJAYA 14 Julai - Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan mengambil keterangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu ini berhubung laporan polis olehnya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Sumber BPR yang mengesahkan perkara itu berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan diambil keterangan di Ibu Pejabat BPR di sini pada hari tersebut.
Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara terperinci masa Anwar akan hadir memberi keterangan.
Pada 1 Jun lalu, Anwar yang kini berhadapan dengan dakwaan kes liwat membuat laporan polis bahawa Abdul Gani dan Musa terlibat dalam pemalsuan keterangan ketika beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 27 September 1998.

Anwar ingkari polis * Gagal hadir beri keterangan kes liwat * Boleh kena tangkap

Anwar ingkari polis * Gagal hadir beri keterangan kes liwat * Boleh kena tangkap
Oleh SHARILFUDDIN SAARI, SAIFUL SAHAK dan WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
KUALA LUMPUR 14 Julai – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal tampil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur seperti yang dijanjikan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat terhadapnya oleh bekas pembantu beliau.
Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, polis mesti mengambil tindakan susulan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.
Katanya, Anwar bukan seorang yang istimewa sehingga membolehkannya terkecuali daripada peraturan dan undang-undang.
“Takkan Anwar mesti menjadi anak istimewa yang terkecuali daripada peraturan dan undang-undang?
“Kita suruh dia datang semalam, dia kata akan datang hari ini pukul 2.30 petang. Bila kita kata okey, dia tak datang,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.
Syed Hamid yang enggan mengulas adakah tindakan susulan itu bermaksud Anwar akan ditangkap berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan kerana kes itu melibatkan tuduhan jenayah yang serius.
‘‘Ini kerja polis (tindakan susulan). Biarlah semua orang, siapa juga yang melakukan jenayah, dia akan tertakluk kepada undang-undang terutama yang melibatkan kes serius yang boleh ditangkap.
‘‘Kalau tak ada, tak adalah. Lepaslah dia. Tak ada apa, kenapa takut,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin pada sidang akhbarnya berkata, polis mempunyai tiga tindakan yang boleh diambil ke atas Anwar berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.
Antara lain Seksyen III (2) memperuntukan mana-mana individu yang tidak mematuhi notis menghadirkan diri mengikut Seksyen itu, boleh dikenakan waran mahkamah untuk diambil keterangan individu terbabit.
Anwar dikehendaki memberi keterangan bagi membantu siasatan kes liwat membabitkannya ekoran laporan polis bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu. Kes itu disiasat sebagai kes liwat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Peguamnya, S.N. Nair yang mengesahkan perkara itu, menegaskan Penasihat PKR itu kini menunggu surat perintah 111 Kanun Prosedur Jenayah untuk hadir ke IPK.
Mohd. Bakri bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada waran tangkap akan dikenakan ke atas Anwar.
Beliau hanya menegaskan, ekoran kegagalan Anwar hadir memberi keterangan hari ini, polis akan bertindak mengikut Seksyen 111 kanun tersebut.
Tambahnya, polis selama ini telah memberi pelbagai ruang dan kelonggaran kepada Anwar untuk menentukan sendiri tarikh memberi keterangan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut.
“Kita telah terima secara lisan persetujuan beliau hadir dan diambil keterangan pukul 2 petang hari ini, sebab itu satu notis ikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah telah cuba diserahkan kepada Anwar di rumahnya di Segambut di sini semalam.
“(Walaupun telah ada persetujuan lisan) notis itu perlu bagi menunjukkan ia panggilan rasmi daripada polis.
“Petang ini, selepas kita panggil beliau untuk diambil keterangan tetapi malangnya beliau tidak hadir,” katanya.
Mengenai dakwaan peguam Anwar bahawa surat pemberitahuan yang difaks pukul 5 petang semalam kepada beliau tentang ketidakhadiran bekas Timbalan Perdana Menteri itu petang ini, Mohd. Bakri memberitahu: “Sepanjang hari saya di pejabat, saya sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah tak terima apa-apa surat (daripada Anwar).”
Beliau menegaskan, proses mengambil keterangan daripada Anwar itu adalah perkara biasa bagi pihak polis melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa keluarga Anwar berasa terganggu ketika cubaan polis menyerahkan notis dipanggil memberi keterangan itu, Mohd. Bakri berkata, ia cuma andaian semata-mata.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, siapa juga yang melakukan jenayah akan tertakluk kepada undang-undang terutama melibatkan kes serius yang boleh ditangkap.
Katanya, Anwar tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah.
Malah, kata belaiu, kalau ada laporan polis, langkah terbaik bagi membuktikan laporan ini tidak betul ialah dengan memberikan keterangan kepada polis.
“Polis kini hanya mempunyai keterangan daripada sebelah pihak (Mohd. Saiful). Mereka juga telah membuat semua penyiasatan yang perlu dan keterangan diambil begitu beradab dan tertib,'' katanya.

Liwat: Polis ambil keterangan Anwar esok

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

KUALA LUMPUR 12 Julai – Polis akan mengambil keterangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes dakwaan liwat terhadapnya, petang Isnin ini.

Bagaimanapun, tindakan memanggil Anwar itu bagi membantu siasatan kes dakwaan liwat melibatkannya ekoran laporan oleh bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, pada 28 Jun lalu.

Pada masa sama, Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu, Anwar akan turut dipanggil memberi keterangan dalam tempoh terdekat ini berhubung satu laporan polis beliau terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Mengenai kes dakwaan liwat, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, Anwar telah menyatakan persetujuan hadir untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada pukul 2 petang hari berkenaan.

Katanya, persetujuan itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh peguam bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Sankara N. Nair pagi ini.

“Kita panggil dia (Anwar) untuk rakam keterangannya berhubung laporan liwat terhadapnya (oleh Mohd. Saiful Bukhari), bukan untuk tahan beliau,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Bakri meminta orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi termasuk kononnya Anwar telah ditahan atau akan ditahan kerana perkembangan sedemikian boleh menjejaskan siasatan.

Di Pulau Pinang, Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan memberitahu, pihaknya akan mengambil keterangan Anwar tidak lama lagi berhubung laporan polisnya terhadap Abdul Gani dan Musa.

Beliau mengulas perkembangan siasatan laporan polis Anwar pada 1 Julai lalu yang mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam pemalsuan keterangan Anwar dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 27 September 1998

Musa dan Ghani

Musa dan Ghani
Ketua Polis Negara dan Peguam Negara

Kedua-dua beri keterangan berhubung laporan dibuat Anwar

Kedua-dua beri keterangan berhubung laporan dibuat AnwarPUTRAJAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, semalam dipanggil memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), berhubung laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa mereka terbabit dalam pemalsuan siasatan kes beliau 10 tahun lalu. Musa yang tiba di Ibu Pejabat BPR di sini, dengan kenderaan rasminya pada kira-kira jam 8.25 pagi, berada di situ selama hampir lima jam sebelum dilihat beredar pada kira-kira jam 1 tengah hari.
Ketika ditemui lebih 30 wartawan dan jurugambar yang menunggu di situ seawal jam 7 pagi, Musa yang banyak tersenyum, enggan mengulas sesi rakaman keterangannya. “Saya tiada apa-apa nak cakap. Mereka (BPR) sudah merakamkan keterangan saya,” katanya. Apabila ditanya kenapa sesi itu berlarutan begitu lama, Musa sekadar berkata: “Biarlah... tidak mengapalah... terima kasih,”.
Sementara itu, Abdul Gani yang tiba kira-kira jam 9.50 pagi hanya berada di Ibu Pejabat BPR kurang dua jam sebelum beredar pada jam 11.35 pagi tanpa sebarang ulasan. Mereka adalah antara lebih 10 individu yang dipanggil BPR bagi memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, mendakwa terbabit menyembunyikan fakta dan memalsukan maklumat dalam kesnya 10 tahun lalu. Dalam laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada 1 Julai lalu, Anwar mendakwa Abdul Gani dan Musa terbabit dalam kes pemalsuan siasatan beliau dipukul bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, ketika dalam tahanan di Bukit Aman pada 1998. Ketika itu, Musa pegawai penyiasat kes berkenaan, manakala Abdul Gani seorang daripada pendakwa raya kes salah guna kuasa dan liwat dihadapi Anwar.

Anwar tuntut Syed Hamid mohon maaf

Anwar tuntut Syed Hamid mohon maaf

KUALA LUMPUR: Sepucuk surat tuntutan diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini yang meminta beliau menarik balik kata-katanya bahawa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tukang lapor' kepada Amerika Syarikat. Dalam surat tuntutan itu, Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk memohon maaf kepada Anwar di samping memberikan jaminan tidak mengulangi dakwaan itu. Peguam Anwar, S N Nair, berkata kenyataan Syed Hamid dan ulasan seterusnya yang disiarkan dalam akhbar The Star telah menggambarkan anak guamnya sebagai seorang pengkhianat, tidak setia kepada negara, seorang pengintip Amerika dan seorang individu yang tidak boleh dipercayai.
Bercakap pada satu sidang akhbar di pejabatnya di sini, Nair berkata, jika Anwar gagal memperoleh sebarang maklum balas yang memuaskan, beliau telah diarahkan oleh anak guamnya itu supaya memulakan prosiding undang-undang menuntut ganti rugi RM100 juta kerana mencemarkan nama baik Anwar. Dalam perkembangan lain, Nair berkata Anwar akan memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada Isnin berhubung laporan polisnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. — Bernama

Anwar akan dipanggil beri keterangan kes liwat: Polis

Anwar akan dipanggil beri keterangan kes liwat: Polis

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat oleh bekas pembantunya terhadapnya. “Dia (Anwar) akan dipanggil untuk beri keterangan. Bila... kita tidak tahu,” kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini. Beliau berkata, sehingga ini 20 orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu.
Ismail berkata polis masih lagi meneruskan siasatan kes liwat Anwar. “Sekiranya terdapat saksi lain, kita akan panggil bagi membantu siasatan,” katanya. - Bernama

Sedia bongkar rahsia Anwar jika dikaitkan dakwaan konspirasi

SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas perdana menteri itu menerusi tuduhan liwat. “Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam benarnya untuk lawan Anwar,” katanya di dalam satu ceramah mengenai isu semasa anjuran Umno Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan “Alam Free Speech” di Seksyen 19 di sini malam tadi. Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata, beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak dan keluarga Anwar.
Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta ringgit, beliau terpaksa bertindak. Mohamad Ezam berkata, beliau sudah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya. Beliau juga berkata, anggota-anggota UMNO juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.
Mohamad Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar sudah meliwatnya bulan lalu sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja. Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesarkan sehingga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu. - Bernama

Datuk Bakri bin Zinin

Datuk Bakri bin Zinin
Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman

18 saksi termasuk pakar diambil keterangan

Polis rekod keterangan dakwaan kes liwat babit AnwarKUALA LUMPUR: Polis sudah memanggil 18 orang termasuk pakar perubatan untuk merekodkan keterangan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Bakri Zinin, berkata lebih ramai saksi mungkin dipanggil dan polis akan mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah sekiranya saksi terbabit enggan bekerjasama.
Memberitahu sidang media di sini semalam, Bakri bagaimanapun berkata setakat ini polis belum memanggil Anwar untuk merekodkan keterangannya. "Kita perlu rekodkan semua keterangan saksi terlebih dulu termasuk meneliti keputusan ujian DNA. Sekiranya keterangan itu mencukupi dan ada asas untuk Anwar dipanggil, kita akan panggil. "Saya harap media tidak membuat andaian, dan membuat perbicaraan melalui media sebelum kes ini dibawa ke mahkamah," katanya.
Datuk Bakri Zinin
Bakri berkata, polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan seadil-adilnya tanpa menyebelahi mana-mana pihak. "Kes ini akan disiasat dengan adil. Kita akan kumpul seberapa banyak maklumat termasuk mengambil kira hasil ujian DNA bagi membuktikan siapa di pihak yang benar," katanya. Pada 28 Jun lalu, pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis yang mendakwa beliau diliwat Penasihat PKR itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Damansara, dua hari sebelum itu. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan.
Khamis lalu, Mohd Saiful dibawa ke Ibu Pejabat Polis Brickfields di sini untuk direkodkan keterangannya. Bakri berkata, Mohd Saiful kini diletakkan dalam perlindungan polis atas permintaannya selepas membuat laporan beliau diliwat Anwar. Mohd Saiful, bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Tenaga Nasional (Uniten), mula berkhidmat sebagai sukarelawan PKR pada pilihan raya umum lalu sebelum menjadi pembantu Anwar.

Penyiasat Persendirian

Penyiasat Persendirian

'Bala hubungi saya beritahu diri selamat'

Oleh Jalal Ali Rahim, Irwan Shafrizan Ismail dan Ifwan Tun Tuahbhnews@bharian.com.my
R Kumaresan
KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai keadaan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, berikutan kehilangannya sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila beliau menghubungi anak saudaranya, malam kelmarin. Balasubramaniam menghubungi anak saudaranya, R Kumaresan, pada jam 11.30 malam dan mengesahkan beliau serta isterinya selamat. Kumaresan yang ditemui pada satu perhimpunan di Brickfields di sini, malam tadi, berkata bapa saudaranya itu bagaimanapun enggan memberitahu lokasi beliau dan keluarganya berada.
"Balasubramaniam memberitahu dia tak boleh bercakap secara bebas. Sebelum talian terputus, saya juga sempat bercakap secara ringkas dengan isterinya tetapi dia juga tidak mahu memberitahu di mana mereka berada," katanya. Kumaresan berkata, beliau tidak dapat mengesan nombor telefon yang digunakan bapa saudaranya itu kerana Balasubramaniam menghubunginya menerusi talian peribadi. Sabtu lalu, Kumaresan membuat laporan di Balai Polis Brickfields selepas gagal mengesan Balasubramaniam dan keluarganya.
Sehari sebelum itu, Balasubramaniam membuat akuan sumpah kedua bagi menafikan tuduhannya sebelum itu yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar juga percaya Balasubramaniam berada dalam keadaan selamat. "Kita pasti akan mengetahui jika sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya," katanya selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Peralatan Polis Asia 2009 di sini. Turut Hadir ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Wahid Md Don. Wahid bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan Balasubramaniam sudah meninggalkan negara ini.
Di KUANTAN, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zinin, tidak menolak kemungkinan Balasubramaniam berada di luar negara dan polis antarabangsa (Interpol) serta polis Asean (Aseanpol) sudah diminta membantu mengesannya. "Malah, kita sedaya upaya mendapatkan keterangan mereka yang terakhir bercakap dengannya, selain mengarahkan kawalan lebih ketat di pintu masuk negara," katanya selepas menyaksikan Majlis Persaraan dan Serah Tugas Ketua Polis Pahang, Datuk Ayob Mohamed kepada Timbalannya, Datuk Robiah Abdul Ghani. Mengenai dakwaan seorang lagi anak saudara Balasubramaniam, R Sega yang tidak menolak kemungkinan bapa saudaranya disembunyikan seseorang, Mohd Bakri menegaskan polis tidak menyiasat berdasarkan andaian. "Kami adalah pegawai polis yang profesional dan perlu melakukan penyiasatan dan tidak ada motif lain. Kami menjalankan penyiasatan bertujuan mencari kebenaran kerana itu tanggungjawab polis," katanya. Bakri berkata, tindakan polis mencari penyiasat persendirian itu juga bukan bertujuan meletakkannya dalam keadaan tertekan. "Dia sudah membuat akuan bersumpah dan kami perlu mencarinya secepat mungkin bagi diambil keterangan segera. Kalau dia takut, boleh datang dengan peguamnya. Jika dia mohon kita jamin keselamatannya, kita akan beri kerjasama penuh untuk itu," katanya. Mengenai perkembangan siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Bakri berkata, lebih ramai lagi saksi akan dipanggil untuk direkodkan keterangan mereka. "Polis juga akan terus memberi perlindungan kepada pengadu sehingga dirasakan tiada lagi kemungkinan ancaman kepadanya," katanya. Setakat ini, polis sudah merekodkan keterangan 18 saksi termasuk doktor yang membuat pemeriksaan ke atas Mohd Saiful.

Mohd Najib bin Tun Abd Razak

Mohd Najib bin Tun Abd Razak

Anwar bin Ibrahim

Anwar bin Ibrahim
Penasihat Parti Keadilan Rakyat

Mohd. Saiful beri keterangan kepada polis

Mohd. Saiful beri keterangan kepada polis
02/07/2008 11:01pm
KUALA LUMPUR 2 Julai - Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang membuat laporan polis mendakwa dia di liwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibarahim malam ini dibawa ke balai polis Brickfield untuk diambil keterangan.
Mohd. Saiful yang tinggi lampai tiba di IPD Brickfields pada pukul 8.10 malam. Dia memakai baju kemeja lengan panjang berwarna putih, berseluar gelap dan menjinjing sebuah beg kecil berwarna hitam.
Dia diiringi masuk ke IPD itu oleh seorang anggota polis berpakaian preman. Mohd. Saiful, 23, tersenyum memandang sekumpulan pemberita dan jurugambar yang berada di pekarangan balai dan sempat melambai-lambaikan tangannya.

Bersumpah saya akan lakukan

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - “Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,”demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.
Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.
“Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.
“Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.
“Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.
“Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,” tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.
Malaysia mesti diselamatkan
Ucapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.
Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.
“Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.
“Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.
“Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama ‘Sivaji The Boss’, kita main drama ‘Sivaji The Boss’.
“Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan,” ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.
Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.
Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau “sumpah” sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.
Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.
Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk “mubahalah” atau ‘bersumpah’ sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.

Anwar keluar dari kedutaan Turki

ARKIB : 30/06/2008


-->
Anwar keluar dari kedutaan Turki
30/06/2008 7:35pm
KUALA LUMPUR 30 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlindung di kediaman duta Turki di sini sejak pagi semalam, telah dibawa keluar di kediaman tersebut lewat petang ini.
Beliau dibawa menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mazda berwarna hitam dengan diiringi dua kereta lain pada pukul 6.45 petang.
Pada sidang akhbar kira-kira 10 minit selepas itu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa wujud konspirasi pihak tertentu disebabkan niatnya untuk bertanding pilihan raya kecil yang akan diumumkan dalam minggu ini.
- Utusan

AS tidak mahu Anwar disiasat

AS tidak mahu Anwar disiasat
01/07/2008 3:33pm
WASHINGTON 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.
“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang.
“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFPAS

Najib kesal akuan bersumpah bukan untuk cari kebenaran

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak semalam menegaskan politik negara ini sekarang mencapai tahap kotor apabila pembangkang sanggup memfitnah serta mempergunakan akuan bersumpah bagi kepentingan politik dan bukan untuk mencari kebenaran. Timbalan Perdana Menteri berkata, mereka juga sanggup mempermainkan keluhuran undang-undang dan mempolitikkan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah semata-mata bagi mengubah persepsi rakyat terhadap pemimpin kerajaan.
"Prinsip keluhuran undang-undang amat penting, jadi jangan kita sebut mengenai undang-undang rimba dan sebagainya tapi kita sendiri tidak amalkannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rukun Tetangga Kampung Peramu Jaya 3 di sini. Kelmarin, penyiasat persendirian, P Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu dan membuat satu lagi akuan bersumpah menafikan segala tuduhannya terhadap Timbalan Perdana Menteri. Dalam akuan bersumpah yang baru itu, Balasubramaniam mengakui akuan bersumpahnya pada 1 Julai lalu tidak tepat serta tidak benar.
Najib, ketika ditanya sama ada akuan bersumpah awal Balasubramaniam, menjejaskan imejnya, berkata: "Saya terpaksa hadapi, apa nak buat, dia dah berniat sedemikian. Saya kena terima bahawa dalam politik Malaysia dah sampai main kotor pun tak apa juga, mainkan undang-undang pun tak apa, asalkan matlamat mereka tercapai." Beliau bagaimanapun tidak berhasrat memohon injunksi bagi menghalang usaha berterusan memburukkan namanya. "Saya tak mahu berselindung di sebalik injunksi itu. Balasubramaniam juga sudah tarik balik akuan bersumpahnya. Ini bermakna, sudah tidak ada kredibiliti dalam apa saja yang dia cakap dan terserah kepada pihak berkuasa membuat keputusan apa tindakan yang akan ambil terhadap Balasubramaniam," katanya.
Najib berkata, Balasubramaniam tidak sepatutnya membuat akuan bersumpah itu kerana ia menyentuh kes yang masih berjalan di mahkamah. "Paling saya kesal, ada pemimpin pembangkang terbabit sama dalam sidang media yang menyentuh kes sedang berjalan di mahkamah. Ini kes serius yang tidak boleh dibuat main. Ini soal undang-undang dan nasib tiga orang di mahkamah yang menghadapi dakwaan begitu serius. "Kenapa kita nak masukkan unsur politik dalam hal ini, sebaliknya kita perlu hormati undang-undang," katanya. Mengulas kemungkinan kemelut yang melanda politik dan pemimpin Umno sekarang bakal menjadi isu dalam mesyuarat peringkat cawangan Umno bermula bulan ini, Najib berkata isu itu tidak mempengaruhi ahli Umno kerana mereka faham apa berlaku dan dapat menilai kebenarannya. Timbalan Perdana Menteri juga menasihatkan rakyat supaya berfikir secara matang sebelum membuat kesimpulan terhadap kebenaran sesuatu maklumat. "Fitnah bukan perkara baru, tetapi pada zaman ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) ini, ia tersebar dengan meluas, lebih cepat dan pantas. "Sukar untuk kerajaan membuat tapisan maklumat dalam zaman ICT ini kerana ia tidak berkesan. Kita tahu rakyat keliru dengan apa yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, fitnah ini tidak mengalihkan fokus kerajaan untuk terus membawa pembangunan dan membela nasib rakyat," katanya.

Rosmah beri kenyataan kepada polis - Najib

ARKIB : 25/06/2008
-->
Rosmah beri kenyataan kepada polis - Najib
25/06/2008 12:45pm
KUALA LUMPUR 25 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah memberi kenyataan kepada pihak polis berhubung siasatan mengenai perakuan bersumpah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berkaitan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan tersebut.
Menurutnya, perakuan sumpah itu tidak benar dan merupakan satu usaha untuk mencemarkan kerjaya politik beliau.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Asiang Tanpa Izin (PATI) di bangunan Parlimen hari ini. - Utusan

Najib tegaskan tidak kenal Altantuya

ARKIB : 03/07/2008
03/07/2008 8:49pm
KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam berkaitan hubungannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu merupakan usaha terdesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengalihkan perhatian umum terhadap dakwaan liwat yang dihadapinya.
Timbalan Perdana Menteri sekali lagi menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak mengenali Altantuya.
Menurutnya, akuan bersumpah itu merupakan satu pembohongan yang amat dahsyat, rekaan semata-mata, berniat jahat, berunsur fitnah dan bertujuan mencemarkan imej beliau.
``Saya amat yakin ia usaha terdesak oleh Anwar untuk mengalihkan perhatian terhadap tuduhan liwat yang dihadapinya,'' kata beliau pada sidang akhbar di bangunan Parlimen di sini hari ini.
Sementara itu, Najib mengakui beliau ditemui oleh Mohd. Saiful Bukhari untuk mendapatkan nasihat setelah mendakwa dirinya diliwat Anwar. – Utusan.

Mufti cadang Nik Aziz jadi orang tengah Mubahalah

Mufti cadang Nik Aziz jadi orang tengah Mubahalah
06/07/2008 2:33pm
KANGAR 6 Julai — Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan Mursyidul Am Pas menjadi orang tengah yang akan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk “mubahalah" sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.
Katanya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat terutama di kalangan para penyokong Pas dan sudah semestinya, beliau layak untuk menjadi orang tengah itu.
Ketika dihubungi Bernama di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau sebolehnya tidak mahu terbabit dalam sebarang isu politik tetapi terpaksa mengeluarkan pandangan apabila menyentuh perkara yang berkaitan agama.
“Saya percaya dengan pengaruhnya, Nik Aziz berupaya menjadi orang tengah,” katanya yang baru selesai menjalani pembedahan kecil di IJN dan dibenarkan keluar dari institut itu hari ini.
Dr Mohd Asri sebelum ini mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau “sumpah” sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.
Semalam, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.
Bagaimanapun, Dr Mohd Asri berkata, apa yang lebih penting ialah tokoh yang menjadi orang tengah itu mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan diterima masyarakat meskipun beliau merupakan pemimpin politik.
Beliau turut menegur kesilapan fakta berhubung mubahalah yang dikaitkan sebagai kaedah “menjunjung al Quran” sedangkan menurutnya dalam mubahalah, setiap orang akan memohon kelaknatan Allah ke atas dirinya jika berada di pihak yang salah.
Mufti Perlis itu percaya mubahalah yang tidak memerlukan wang atau modal akan menghapuskan prasangka dan hukumannya adalah adil.
Dalam mubahalah, seseorang yang dikaitkan perlu menyebut “Ya Allah! Jika aku lakukan apa yang dituduh ke atasku, maka laknatilah aku” manakala satu pihak lagi perlu menyebut “ Ya Allah! Jika dia tidak lakukan apa yang aku tuduh itu, maka laknatilah aku.”
Katanya, dalam isu yang melanda negara kini, seeloknya bermubahalah agar orang ramai tidak berbalah dan bertelingkah.
“Selepas bermubahalah, kita serah keputusan kepada Allah,” katanya. - Bernama

Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya

ARKIB : 16/06/2008
-->
Anwar dapat lampu hijau cabar kesahihan pemecatannya
16/06/2008 9:03pm
PUTRAJAYA 16 Jun – Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memberikan lampu hijau kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi Perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Dr. Mahathir.
Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang — sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Dr. Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah akan memutuskan, pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyai hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya; Dan kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Dr. Mahathir sebagai Menteri Kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut. — BERNAMA.

Liwat : Anwar nafi

ARKIB : 29/06/2008
-->
Liwat : Anwar nafi
29/06/2008 11:44am
KUALA LUMPUR 29 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim awal pagi ini menafikan laporan polis mengenai dakwaan meliwat seorang pembantunya.
Beliau menyifatkan dakwaan itu ``hanya rekaan semata-mata''.
Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan dakwaan itu bertujuan menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.
- Utusan
No posts.
No posts.